Sembang2 Catzloverpetshops

Saturday, 10 November 2012

Makan Berbahaya pada si comel



Makanan Berbahaya kepada Kucing anda!

Di sini saya akan terangkan apakah makanan yang berbahaya kepada si comel kita.

1) Tuna atau lebih di kenali sebagai ikan tongkol!kenapa?
Jawapan: Kadungan nutrisi dan zat yang terkandungan di dalamnya tidak diperlukan oleh si comel.
Jika terlebih boleh menyebabkan keracunan merkuri(Mercury poisoning) pada si comel

Tuna/Ikan Tongkol
2) Bawang dan Daun Bawang(Semua Jenis)!kenapa?
Jawapan: Ia boleh menyebabkan pengurangan sel darah merah,anemia,masalah "gastrointestinal upset" dan keracunan(Poisoning)

Bawang

 3) Susu dan produk tenusu
Jawapan: Ia boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman pada  kucing dewasa kerana tidak dapat di hadamkan dan si comel anda akan mengalami cirit-birit

Susu
4) Alkohol!Kenapa?
Jawapan: Menjejaska/ menyebabkan kerosakan hati dan otak(Sama seperti manusia).Kerana 2 sudu alkohol ia akan menyebabkan si comel/kucing seberat 2kg mengalami koma.3sudu boleh membunuhnya!

Alkohol

5) Anggur/ Kismis!Kenapa?
Jawapan: ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuh si comel/Kucing

Anggur
6) Kafein!Kenapa?
Jawapan: Ia akan memudaratkan dan memberi kesan tidak dapat di ubati.
Simptom-simptom keracunan :
- Lesu
- Kejang Otot
- Sawan
Contoh yang mengandungi kafein:
-Teh
-Kopi
-Coklat
-Minuman bertenaga seperti Red Bull
-Ubat selsema (Untuk manusia)
-Painkiller/Ubat tahan sakit (Untuk Manusia)

Kafein
7) Coklat/Koko!Kenapa?
Jawapan:Ia akan menyebabkan kematian.
Simptom-simptom:
- Degupan jantung si comel tidak stabil
- Kejang Otot
- Sawan

Coklat
8) Gula-gula(Manisan)!Kenapa?
Jawapan kucing),paras gula akan merosot(kegagalan hati)
Simpton-simpton:
-muntah
-Lesu
-Hilang keseimbangan badan
-Sawan
-Kegagalan hati

Gula-Gula
9)Lemak & Tulang Haiwan!Kenapa?
Jawapan:Menyebabkan cirit birit dan muntah,tercekik dan boleh mencederakan sistem penghadaman si comel

Tulang
10) Telur Mentah!Kenapa?
Jawapan: Telur mengandungi bakteria(salmonella dan E.coli)
Protein dalam telur putih yang mentah (Avidin).Avidin ini akan menghalang penyerapan vitamin B biotin. Ia akan menyebabkan keguguran bulu dan masalah kulit si comel.

Telur
11) Ikan Mentah dan Daging Mentah!Kenapa?
Jawapan: Ia mengandungi bakteria(Keracunan).Enzim dalam ikan mentah akan menghapuskan thiamine(penyumbang vitamin B). Kekurangan ia boleh menyebabkan kerosakan otak si comel dan ia boleh membawa maut.

Daging Mentah

12) Makanan Anjing/ Dog Food!Kenapa?
Jawapan:Sekali sekala memakanan makanan anjing tidak mengapa. Disini saya mengingatkan makanan anjing tidak direka khas bagi keperluan si comel/Kucing.Kandungan Rumusan berbeza.Makanan Kucing memerlukan banyak protein,vitamin dan fatty acids. Jika kita memberi makanan anjing secara berterusan ia akan menyebabkan si comel kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan.

Makanan Anjing
13) Hati Ayam!Kenapa?
Jawapan: Jika diberi kuantiti yang kecil tidak mengapa.Jika berlebihan(Keracunan Vitmin A) ia akan membantukan pertumbuhan tulang dan kucing akan mengalami osteoporosis.Ia juga boleh membawa maut.

Hati Ayam Mentah

14) Terlalu banyak "Treats"!Kenapa?
Jawapan: Sama seperti manusia,jika terlalu banyak makan treats ia akan menyebabkan obesiti dan diabetes

"Treats"
15) Ragi Roti/ Yis/ Ibu Roti!Kenapa?
Jawapan: Sekira termakan perut si comel akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Ia juga akan mengakibatkan keracunan alkohol pada si comel

Yis
16)Ubat-ubatan Manusia!Kenapa?
Jawapan: Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik si comel adalah memberi makan ubatan manusia pada si comel(Sakit).Kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor veterinar. PCM/Paracetamol,acetaminophen &ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada si comel anda.

Ubat-Ubatan Manusia

*Kucing ialah haiwan  karnivor dan memerlukan daging sebagai makanan utama. Kita sebagai pemilik si comel adalah bertanggungjawab menyediakan makanan yang seimbang suaya si comel kita cergas dan sihat sentiasa.Beras perang( Brown rice) boleh diberikan dalam kuantiti yang sedikit dan tidak kerap.Jaga si comel anda sebaik yang mungkin.


No comments:

Post a Comment