CATZ LOVER PETSHOPS


Click here for Myspace Layouts

Sembang2 Catzloverpetshops

Sunday 13 January 2013

Masalah Si Comel!

Dah lama tak updates blogspot....nie....ada banyak soalan daripada anda...maaflah baru memjawab persoalan anda.

 Soalan: Assalamulaikum. Saya nak tanya pendapat tentang makanan kucing ni. Masalah kucing saya ialah si comel tidak mahu makan sangat biskut kibbles. Makan pun sikit. Sicomel lebih suka makan tulang ikan, ikan rebus,wet food. Tapi si comel masih tidak kenyang-kenyang. Asyik-asyik nak makan jea. Selain itu seekor lagi mempunyai masalah bulu asyik mengeras je.Adakah makanan dry food jenama "evo" dapat membantu?Adakah ia "Halal"?

Jawapan: Walaikumusalam.. saya akan menjawap soalan yang pertama: Masalah kucing saya ialah si comel tidak mahu makan sangat biskut kibbles. Makan pun sikit. Sicomel lebih suka makan tulang ikan, ikan rebus,wet food. Makanan si comel mesti tukar secara beransur-ansur 

Hari Pertama: Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di  tukar: 3/4 makanan biasa di makan  +1/4 makan makanan baru yang hendak tukar

Hari Kedua: Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di  tukar: 3/4 makanan biasa di makan  +1/4 makan makanan baru yang hendak tukar

Hari Ketiga: Jika ada peningkatan ia mesti di ubah sedikit. Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di  tukar: 2/4 makanan biasa di makan  +2/4 makan makanan baru yang hendak tukar

Hari Keempat:Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di  tukar: 3/4 makanan biasa di makan  +1/4 makan makanan baru yang hendak tukar

Hari Kelima: Jika ada peningkatan ia mesti di ubah sedikit. Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di  tukar: 1/4 makanan biasa di makan  +3/4 makan makanan baru yang hendak tukar

Hari Keenam: Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di  tukar: 1/4 makanan biasa di makan  +3/4 makan makanan baru yang hendak tukar

Hari Ketujuh: Insyaallah pada masa hari ketujuh si comel telah memakan makan yang baru.

*Ingat makan  si comel mesti tukarkan secara beransur-ansur

Jawapan Soalan Kedua: Tapi si comel masih tidak kenyang-kenyang. Asyik-asyik nak makan jea!

Kita mesti mengetahui kandungan makan si comel. Makanan si comel mesti mempunyai kandungan protein 30% ke atas. ia dapat membantu si comel agar lebih kenyang.Tetapi pengambilan mesti di pantau oleh penjaga,jika terlampau banyak atau kerap si comel akan mengalami masalah cirit birit! Mengikut arahan pengeluar. "Baca Dulu Sebelum Bagi". Faktor Cacing dalam si comel adalah salah satu penyebab si comel kerap lapar dan kurang sihat. Pengambilan "Vaskin" + "Ubat Cacing" mesti di berikan pada si comel selewat2  berusia 6 bulan. Ia membantu meningkatkan kesihatan haiwan- Wajib. Ia membantu melindungi    
penjaga dari jangkitan penyakit di bawa oleh si comel. Jika si comel sangat aktif ia adalah perkara biasa jika kerap lapar.

Makanan yang mempunyai 30% keatas yang di syorkan oleh saya: EVO, PROFORMEN, STAR PRO, REGAL, BLACK WOOD, EQUUILIBRIO, CAT EYES DAN LAIN-LAIN

http://catzloverpetshops.blogspot.com/p/makanan-kucing-cat-food-jenis-pepejal.html

Jawapan Soalan Ketiga: Selain itu seekor lagi mempunyai masalah bulu asyik mengeras je! Adakah Jenama makan EVO Halal?
Makan yang di syorkan oleh saya adalah EVO@ CALIFORNIA NATURAL Dan Multi Vitamin Cecair atau PES

Sehingga kini saya tidak mempunyai butir-butiran atau maklumat mengatakan makanan  jenama EVO adalah Tidak Halal. Jika makanan makan mempunyai logo Halal ialah Muezza

http://catzloverpetshops.blogspot.com/search?q=halal






Thursday 6 December 2012

JOM JALAN_JALAN!!!!





















"KL BIRD PARK"
World's LARGEST Free-flight Wlk-in Aviary (Since 1991)

Hari ini jalan-jalan ke taman "burung bird park" ewah..ewah...first time masuk...."foyuoooh best giler"....apa-apa aku cerita serba sedikit latar belakang bird park nie...

Lokasi: Behampiran dengan taman tasik kuala lumpur atau bukit aman. Berdekatan pusat bandar Kuala Lumpur (10minit jer)

-terbahagi kepada 4 zon

-3,000 specie s(200 species tempatan)

Kemudahan yang di sediakan:
-Taman Permainan Kanak-Kank
-Tempat Parking Memcukupi (Tidak Perlu Berebut)
-Bangku Berehat dan Perlindungan
-kaunter maklumat pengunjung
-Tandas
-Bagi muslim bilik solat(Bersebelah Pintu Masuk Utama)
-Kedai Memjual Cenderamata "KL BIRD PARK"
-Tempat Makan

*Banyak kemudahan di sediakan dan kakitangan di sini cukup perhatin dan sentiasa sudi membantu.
Peta"KL Bird Park"
Peta Ke "KL Bird Park"
Harga Tiket
Bukan WargaNegara Malaysia:
Dewasa:RM48
*Kanak-Kanak:RM38
Warga Negara Malaysia (Ada My Kad / My Kid):

Dewasa:RM25
*Kanak-Kanak:RM12
*(3 tahun -12 tahun)


Waktu Operasi: 9am-6pm

Sebarang maklumat anda boleh menghubungi mereka;


Kuala Lumpur Bird Park
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana 50480
Kuala Lumpur MALAYSIA
General enquiries
Tel : 03 - 2272 1010
Fax : 03 - 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com
Events
Ms. Ida
Marketing & Promotions Executive
Email : ida@klbirdpark.com
Tour Agents & Hotels
Ms. Vin Shee
Marketing & Promotions Executive
Email : vin@klbirdpark.com
website: http://www.klbirdpark.com/index.cfm

Saturday 1 December 2012

Kenapa Si comel/Kucing Mencakar?

"Geramnya..... aku!Habis Sofa mahal aku!!! "Ini mungkin perkataan yang selalu terkeluar dari mulut kita apabila sofa atau barang kesayangan anda kena cakar oleh "si comel".
Jangan Marah. Kita perlu tahu kenapa si comel kita mencakar?Sejak Azali lagi si comel mempunyai tabiat memcakar,tidak kira jantan atau betina. Ia bertujuan untuk menandakan kawasan mereka. Jangan risau atau runsing.
Kita mempunyai banyak jalan penyelesaiannya.

1)Sedia Tempat Cakar Kucing-ada yang murah,mahal,berbagai bentuk dan warna.

Tempat Cakar dan Mainan Sicomel

http://catzloverpetshops.blogspot.com/p/mainan-kucing-cat-toys.html

2)Potong Kuku Sicomel anda-dengan alat pemotong kuku yang khas untuk Kucing




Pengettip Kuku Kucing

Monday 19 November 2012

Cabutan Bertuah

saya akan membuat cabutan bertuah.di mana saya akan memilih sesiapa memjadi ahli dalam blogspot.
hadiahnya barang penjagaan si comel anda yang bernilai.tq

Saturday 10 November 2012

Makan Berbahaya pada si comel



Makanan Berbahaya kepada Kucing anda!

Di sini saya akan terangkan apakah makanan yang berbahaya kepada si comel kita.

1) Tuna atau lebih di kenali sebagai ikan tongkol!kenapa?
Jawapan: Kadungan nutrisi dan zat yang terkandungan di dalamnya tidak diperlukan oleh si comel.
Jika terlebih boleh menyebabkan keracunan merkuri(Mercury poisoning) pada si comel

Tuna/Ikan Tongkol
2) Bawang dan Daun Bawang(Semua Jenis)!kenapa?
Jawapan: Ia boleh menyebabkan pengurangan sel darah merah,anemia,masalah "gastrointestinal upset" dan keracunan(Poisoning)

Bawang

 3) Susu dan produk tenusu
Jawapan: Ia boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman pada  kucing dewasa kerana tidak dapat di hadamkan dan si comel anda akan mengalami cirit-birit

Susu
4) Alkohol!Kenapa?
Jawapan: Menjejaska/ menyebabkan kerosakan hati dan otak(Sama seperti manusia).Kerana 2 sudu alkohol ia akan menyebabkan si comel/kucing seberat 2kg mengalami koma.3sudu boleh membunuhnya!

Alkohol

5) Anggur/ Kismis!Kenapa?
Jawapan: ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuh si comel/Kucing

Anggur
6) Kafein!Kenapa?
Jawapan: Ia akan memudaratkan dan memberi kesan tidak dapat di ubati.
Simptom-simptom keracunan :
- Lesu
- Kejang Otot
- Sawan
Contoh yang mengandungi kafein:
-Teh
-Kopi
-Coklat
-Minuman bertenaga seperti Red Bull
-Ubat selsema (Untuk manusia)
-Painkiller/Ubat tahan sakit (Untuk Manusia)

Kafein
7) Coklat/Koko!Kenapa?
Jawapan:Ia akan menyebabkan kematian.
Simptom-simptom:
- Degupan jantung si comel tidak stabil
- Kejang Otot
- Sawan

Coklat
8) Gula-gula(Manisan)!Kenapa?
Jawapan kucing),paras gula akan merosot(kegagalan hati)
Simpton-simpton:
-muntah
-Lesu
-Hilang keseimbangan badan
-Sawan
-Kegagalan hati

Gula-Gula
9)Lemak & Tulang Haiwan!Kenapa?
Jawapan:Menyebabkan cirit birit dan muntah,tercekik dan boleh mencederakan sistem penghadaman si comel

Tulang
10) Telur Mentah!Kenapa?
Jawapan: Telur mengandungi bakteria(salmonella dan E.coli)
Protein dalam telur putih yang mentah (Avidin).Avidin ini akan menghalang penyerapan vitamin B biotin. Ia akan menyebabkan keguguran bulu dan masalah kulit si comel.

Telur
11) Ikan Mentah dan Daging Mentah!Kenapa?
Jawapan: Ia mengandungi bakteria(Keracunan).Enzim dalam ikan mentah akan menghapuskan thiamine(penyumbang vitamin B). Kekurangan ia boleh menyebabkan kerosakan otak si comel dan ia boleh membawa maut.

Daging Mentah

12) Makanan Anjing/ Dog Food!Kenapa?
Jawapan:Sekali sekala memakanan makanan anjing tidak mengapa. Disini saya mengingatkan makanan anjing tidak direka khas bagi keperluan si comel/Kucing.Kandungan Rumusan berbeza.Makanan Kucing memerlukan banyak protein,vitamin dan fatty acids. Jika kita memberi makanan anjing secara berterusan ia akan menyebabkan si comel kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan.

Makanan Anjing
13) Hati Ayam!Kenapa?
Jawapan: Jika diberi kuantiti yang kecil tidak mengapa.Jika berlebihan(Keracunan Vitmin A) ia akan membantukan pertumbuhan tulang dan kucing akan mengalami osteoporosis.Ia juga boleh membawa maut.

Hati Ayam Mentah

14) Terlalu banyak "Treats"!Kenapa?
Jawapan: Sama seperti manusia,jika terlalu banyak makan treats ia akan menyebabkan obesiti dan diabetes

"Treats"
15) Ragi Roti/ Yis/ Ibu Roti!Kenapa?
Jawapan: Sekira termakan perut si comel akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Ia juga akan mengakibatkan keracunan alkohol pada si comel

Yis
16)Ubat-ubatan Manusia!Kenapa?
Jawapan: Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik si comel adalah memberi makan ubatan manusia pada si comel(Sakit).Kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor veterinar. PCM/Paracetamol,acetaminophen &ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada si comel anda.

Ubat-Ubatan Manusia

*Kucing ialah haiwan  karnivor dan memerlukan daging sebagai makanan utama. Kita sebagai pemilik si comel adalah bertanggungjawab menyediakan makanan yang seimbang suaya si comel kita cergas dan sihat sentiasa.Beras perang( Brown rice) boleh diberikan dalam kuantiti yang sedikit dan tidak kerap.Jaga si comel anda sebaik yang mungkin.


Saturday 27 October 2012

Cat Litter/Pasir Kucing

Quit Cat Litter (10liter)

Quit Cat Litter (10liter)

Quit Cat Litter (10liter)

Quit Cat Litter (10liter)

Quit Cat Litter (10liter)
Pasir Kucing/ Cat Litter
Jenama; Quit
Pengeluar/Pengilang; China
Bau: Lemon
Isipadu: 1beg(10 litter)
Harga:-1 Beg (RM18)
-2 Beg (RM34)


Apakah Makanan Terbaik Untuk Kucing Anda?


Soalan:
Dalila:Salam...nama sy dalila..just nak dapatkan nasihat untuk kucing saya.kalau "brand s" tu ok ke untuk kucing?

Jawapan:

Seperti yang saya terangkan dahulu.makanan kucing terbahagi 3 jenis.
1-Super premium@holistic-susah dapat dan sangat mahal (Terbaik)
2-premium-murah mudah di dapati di pasaraya
3-Komersial

Keteria yang perlu kita pilih:

1-Cuba elak makan yang mempunyai "By-products"(adalah organ dalam haiwan yang tidak berfaedah kepada kucing)-Cari makanan yang tidak mempunyai "By-proudct"
2-Cuba elak Kadungan Garam/Perasa tambahan yang tinggi (contohnya: sodium-boleh memyebabkan batu karang jangka masa yang panjang)-kurangkan kadungan peratus garam/Cari yang paling kurang kandungan garam dalam makanan kucing anda
3-Kadungan protein sekurang-kurangnya 33% atau lebih ia baik untuk pertumbuhan bulu yang sihat(Ingat kandungan protein yang tinggi boleh menyebabkan cirit birit jikalau tidak di kawal oleh penjaga-baca arahan pembekal cara pengambilan produk tersebut).

Contoh makanan jenis premium/terbaik:

-Proformance (33%)
-Black Wood (35%)
-Evo(PROTEIN (50%)
-Imeuzz/Halal(31%)
-Regal(30%)
*Setiap produk makanan kucing mempunyai kelebihan masing-masing

http://catzloverpetshops.blogspot.com/p/makanan-kucing-cat-food-jenis-pepejal.html

Jadi terpulang kepada kita untuk menentukan makanan yang sesuai untuk kucing kesayangan kita...dr.catz

Tuesday 11 September 2012

Pasir Kristal New !!!!-Silica Gel

Litter Star-Lavender

Litter Star-Lemon and Orange

Litter Star-Green Apple
Litter Star-Unscented
Litter Star-Mix Fruits

Pasir Kristal Untuk Kucing

Jenis: Silica Gel/ Kristal

Bau: Lavender, Lemon, Orange, Green Apple, Unscented dan Mix Fruits

Harga Normal: 3.8 Liter(RM14-RM15)
                      5 Liter(RM19-RM22)

Harga Promosi: 3.8 Liter(RM13)
                       5 Liter(RM17)

Kelebihan:
- Non Toxic/ Tidak Bertoksid/Beracun
- Very Good Smell Control/ Kawalan Bau Sangat Baik
-  Low Maintenance /Kos Sangat Rendah
- High Absorbency/ Kadar Penyerapan Yang Tinggi

* Sesuai Untuk Kucing Berumur 1bulan +