Soalan: Assalamulaikum. Saya nak tanya pendapat tentang makanan kucing ni. Masalah kucing saya ialah si comel tidak mahu makan sangat biskut kibbles. Makan pun sikit. Sicomel lebih suka makan tulang ikan, ikan rebus,wet food. Tapi si comel masih tidak kenyang-kenyang. Asyik-asyik nak makan jea. Selain itu seekor lagi mempunyai masalah bulu asyik mengeras je.Adakah makanan dry food jenama "evo" dapat membantu?Adakah ia "Halal"?
Jawapan: Walaikumusalam.. saya akan menjawap soalan yang pertama: Masalah kucing saya ialah si comel tidak mahu makan sangat biskut kibbles. Makan pun sikit. Sicomel lebih suka makan tulang ikan, ikan rebus,wet food. Makanan si comel mesti tukar secara beransur-ansur
Hari Pertama: Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di tukar: 3/4 makanan biasa di makan +1/4 makan makanan baru yang hendak tukar
Hari Kedua: Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di tukar: 3/4 makanan biasa di makan +1/4 makan makanan baru yang hendak tukar
Hari Ketiga: Jika ada peningkatan ia mesti di ubah sedikit. Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di tukar: 2/4 makanan biasa di makan +2/4 makan makanan baru yang hendak tukar
Hari Keempat:Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di tukar: 3/4 makanan biasa di makan +1/4 makan makanan baru yang hendak tukar
Hari Kelima: Jika ada peningkatan ia mesti di ubah sedikit. Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di tukar: 1/4 makanan biasa di makan +3/4 makan makanan baru yang hendak tukar
Hari Keenam: Makanan yang biasa di makan mesti dicampur makan yang hendak di tukar: 1/4 makanan biasa di makan +3/4 makan makanan baru yang hendak tukar
Hari Ketujuh: Insyaallah pada masa hari ketujuh si comel telah memakan makan yang baru.
*Ingat makan si comel mesti tukarkan secara beransur-ansur
Jawapan Soalan Kedua: Tapi si comel masih tidak kenyang-kenyang. Asyik-asyik nak makan jea!
Kita mesti mengetahui kandungan makan si comel. Makanan si comel mesti mempunyai kandungan protein 30% ke atas. ia dapat membantu si comel agar lebih kenyang.Tetapi pengambilan mesti di pantau oleh penjaga,jika terlampau banyak atau kerap si comel akan mengalami masalah cirit birit! Mengikut arahan pengeluar. "Baca Dulu Sebelum Bagi". Faktor Cacing dalam si comel adalah salah satu penyebab si comel kerap lapar dan kurang sihat. Pengambilan "Vaskin" + "Ubat Cacing" mesti di berikan pada si comel selewat2 berusia 6 bulan. Ia membantu meningkatkan kesihatan haiwan- Wajib. Ia membantu melindungi
penjaga dari jangkitan penyakit di bawa oleh si comel. Jika si comel sangat aktif ia adalah perkara biasa jika kerap lapar.
Makanan yang mempunyai 30% keatas yang di syorkan oleh saya: EVO, PROFORMEN, STAR PRO, REGAL, BLACK WOOD, EQUUILIBRIO, CAT EYES DAN LAIN-LAIN
http://catzloverpetshops.blogspot.com/p/makanan-kucing-cat-food-jenis-pepejal.html
Jawapan Soalan Ketiga: Selain itu seekor lagi mempunyai masalah bulu asyik mengeras je! Adakah Jenama makan EVO Halal?
Makan yang di syorkan oleh saya adalah EVO@ CALIFORNIA NATURAL Dan Multi Vitamin Cecair atau PES
Sehingga kini saya tidak mempunyai butir-butiran atau maklumat mengatakan makanan jenama EVO adalah Tidak Halal. Jika makanan makan mempunyai logo Halal ialah Muezza
http://catzloverpetshops.blogspot.com/search?q=halal